Pulau Indah, 4 JAN 2024 - Taklimat hasil pengukuran peserta kursus dan Majlis Penutup Hydrographic Field Survey Project Bagi Kursus UTM Hydro III FIG/IHO/ICA Category A sesi 2023/2024. Seramai 21 orang peserta kursus telah mempersembahkan hasil pengukuran hidrografi mereka dengan jayanya kepada Ketua Pengarah Hidrografi, Laksda Dato’ Hanafiah bin Hasan dan Prof. Dr. Mohd Razali bin Mahmud dari Fakulti Alam Bina dan Ukur, UTM. PHN telah berkolaborasi dengan pihak UTM bagi mengendalikan subjek Hydrographic Survey dan Hydrographic Field Survey Project yang merangkumi kursus Hydrography Category B, Hydrography Category A dan Hydrography Category A (PEJUTA) sejak tahun 2018 yang lalu.Tahniah diucapkan buat kesemua peserta kursus!