PULAU INDAH, 12 Sep 25 - MAJLIS PENURUNAN INSIGNIA PEGAWAI WAREN MARKAS (PWM) PUSAT HIDROGRAFI NASIONAL telah disempurnakan oleh Ketua Pengarah Hidrografi, Laksamana Muda Dato’ Hanafiah bin Hassan pada pagi ini. Majlis ini diadakan sebagai simbolik penghargaan terhadap jasa dan bakti PWM PHN, PW I PRL Irwan Fairoz bin Mat Ariff sepanjang berkhidmat di PHN. Beliau dikenali sebagai seorang pemimpin berwibawa yang sentiasa komited serta menjadi contoh teladan kepada seluruh warga PHN.Mantan PWM PHN ini bakal melapor ke Jabatan Arah Rekod dan Pencen pada 23 September 2025 sebelum secara rasmi menamatkan perkhidmatan dalam Tentera Laut Diraja Malaysia pada 28 Oktober 2025. Pihak Pusat Hidrografi Nasional merakamkan setinggi-tinggi penghargaan serta ucapan terima kasih atas segala sumbangan, jasa bakti dan kepimpinan beliau sepanjang tempoh perkhidmatan. Semoga beliau terus diberikan kesejahteraan dan kejayaan dalam kehidupan selepas persaraan.