Ketua Pengarah Hidrografi
⭐⭐
LAKSAMANA MUDA DR. NAJHAN BIN MD SAID
PAT KAT PPS PPA PhD (Hydrography) (UTM) MSc (Hydrography) (UTM) MSc MarStud (UOW) Dip DS (ADC) Fellow Scholar (NDUM) nrc psc(j)
Laksamana Muda Dr. Najhan bin Md Said dilahirkan di Tanjung Kling, Melaka pada 27 Julai 1973. Beliau mula berkhidmat dalam Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) pada 1 Julai 1991 dan ditauliahkan sebagai Pegawai TLDM dengan menyandang Pangkat Leftenan Muda TLDM pada 3 Julai 1993 dalam Cawangan Eksekutif. Beliau kemudiannya telah diserapkan ke dalam perkhidmatan hidrografi TLDM setelah lulus Kursus Hidrografi Kategori B di Royal Australian Navy Hydrographic School, HMAS PENGUIN, New South Wales, Australia pada April 1996. Atas kecemerlangan prestasi, beliau terus meningkat dalam hierarki kepimpinan TLDM dan kini memegang jawatan sebagai Ketua Pengarah Hidrografi, Pusat Hidrografi Nasional (PHN) sejak 27 Oktober 2025 dengan menyandang pangkat Laksamana Muda.
Perjalanan karier Laksamana Muda Dr. Najhan sepanjang 33 tahun dalam TLDM adalah amat membanggakan. Beliau telah diperjawatkan dengan beberapa jawatan penting bukan sahaja di dalam perkhidmatan TLDM malah pernah dipinjamkan kepada Kementerian dan Agensi luar. Antara jawatan penting yang pernah dipikul beliau adalah sebagai Timbalan Ketua Pengarah Hidrografi di PHN, Pengarah Kanan Bahagian Perancangan dan Pembangunan di Markas Tentera Laut, Timbalan Panglima Armada Timur di Markas Pemerintahan Armada Timur, Pegawai Memerintah di KD PERANTAU, Pegawai Staf 1 Undang-Undang Maritim Bahagian Rancang dan Operasi di Markas Tentera Laut, Pegawai Khas kepada Ketua Pengarah Hidrografi dan beberapa jawatan lain termasuk di kapal-kapal TLDM. Selain daripada memegang pelbagai jawatan utama dalam perkhidmatan TLDM, beiau juga pernah dipinjamkan kepada organisasi luar sebagai Asisten Ketua Staf Operasi (J3) di Markas National Task Force dan Ketua Penolong Setiausaha di Bahagian Keselamatan dan Kedaulatan Maritim, Majlis Keselamatan Negara, Jabatan Perdana Menteri.Dalam bidang hidrografi, kepakaran beliau turut diikhtiraf di pentas antarabangsa. Laksamana Muda Dr Najhan telah dipilih oleh Pertubuhan Hidrografi Antarabangsa (International Hydrographic Organisation) menganggotai Jawatankuasa Sub-Committee on Undersea Feature Names (SCUFN) sejak tahun 2018. Kewibawaan dan kemampuan beliau amat signifikan dan telah pun menerima pengikhtirafan daripada badan dunia tersebut apabila beliau dipilih sebagai Vice-Chair kepada jawatankuasa ini untuk penggal 2024 - 2028.
Di peringkat nasional pula, Laksamana Muda Dr. Najhan terlibat secara aktif dalam pelbagai Jawatankuasa dan Kumpulan Kerja Inter-Agensi terutamanya dalam hal-ehwal berkaitan pembatasan sempadan maritim Malaysia dengan negara-negara jiran. Beliau merupakan Subject Matter Expert dalam hal-ehwal teknikal perundangan maritim khususnya proses berkaitan dalam penentuan pembatasan sempadan maritim negara. Atas kepakaran ini, beliau telah diamanahkan sebagai Ketua Tim Khas bagi menyediakan dokumen-dokumen tuntutan bagi kawasan Pelantar Benua Malaysia melampaui 200 batu nautika ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di New York pada tahun 2019.
Laksamana Muda Dr. Najhan juga aktif dalam kerja-kerja kajian akedemik bersama ahli-ahli akedemik di universiti-universiti tempatan. Beliau telah terlibat secara aktif dalam pelbagai projek kajian terutamanya dengan Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dan Universiti Malaysia Sabah (UMS). Beliau menganggotai beberapa tim kajian di bawah Geran Penyelidikan Pengajian Tinggi terutamanya dalam bidang hidrografi, kejuruteraan pesisir pantai dan sains samudera. Antara projek-projek kajian yang telah dilaksanakan oleh beliau ialah kajian hakisan Pantai Klebang dan Pantai Puteri, pemetaan habitan marin Pulau Kuraman, kajian ekosistem dasar laut di Pulau Tioman dan pemetaan marin habitat. Atas pengetahuan dan pengalaman yang dimiliki, beliau sering membentangkan kertas kerja bukan sahaja di peringkat domestik malah di forum antarabangsa.
Kecemerlangan Laksamana Muda Dr. Najhan tidak terhad dalam bidang kerjaya sahaja tetapi juga dalam bidang akedemik. Beliau merupakan pemegang Ijazah Doktor Falsafah dalam bidang Sains Hidrografi daripada UTM. Selain itu, beliau juga memiliki dua Ijazah Sarjana iaitu dalam bidang Sains Hidrografi, UTM dan Pengajian Maritim dari Fakulti Undang-Undang, Universiti of Wollonggong, NSW Australia. Beliau pernah dinobatkan sebagai Pemenang Anugerah Pelajar Pasca Sarjana Terbaik (Kategori Sains Sosial) bersempena Majlis Konvokesyen Universiti Teknologi Malaysia Ke-62 pada tahun 2019. Selain itu, beliau juga pernah dipilih sebagai pemenang Best Student Award semasa menghadiri kursus Summer Academic on the Continental Shelf di University of Faroe Island pada tahun 2014. Malah ketika menjalani kursus Australian Command and Staff College di Weston Creek, Canberra pada tahun 2008, beliau turut menerima Letter of Cemmendations atas prestasi yang membanggakan.
Laksamana Muda Dr. Najhan telah 28 tahun membina mahligai bahagia bersama isterinya, Puan Norhiyati binti Hamid, seorang Pegawai Perkhidmatan Pendidikan yang berkhidmat di SMK Kota Kemuning, Shah Alam. Pasangan bahagia ini telah dikurniakan tiga cahaya mata, Nureen Najeeha (27), Najmi Najmudeen (25) dan Nurdini Nadeera (22). Dalam aspek kecenderungan pula, beliau amat meminati bidang sukan. Beliau juga merupakan atlit sukan semasa di peringkat usia muda. Beliau pernah mewakili perkhidmatan TLDM dalam sukan hoki dan menembak. Buat masa ini, kecenderungan aktiviti sukan masih sebati dengan personaliti beliau dan aktif dalam sukan golf dan menembak.

xx