|

Malay English

MESYUARAT KE-16 JAWATANKUASA TEKNIKAL MARIN MyGDI (JTMM)

Pulau Indah, 29 OKT 24 - MESYUARAT KE-16 JAWATANKUASA TEKNIKAL MARIN MyGDI (JTMM) ) telah berlangsung di National Hydrographic Centre. Mesyuarat tahunan yang dipengerusikan oleh YBhg Ketua Pengarah Hidrografi, Laksamana Muda Dato’ Hanafiah bin Hassan melibatkan kehadiran seramai 33 wakil daripada 20 kementerian/ jabatan/ agensi berserta Government Linked Companies (GLC) yang menganggotai JTMM. Tujuan mesyuarat ini diadakan adalah untuk mengemaskini status perkongsian, pengurusan, penyimpanan, penggunaan dan pelepasan data marin melalui kerjasama di kalangan keanggotaan JTMM untuk menyokong pembangunan Malaysia Geospatial Data Infrastructure (MyGDI). Kolaborasi perkongsian data marin ini merupakan satu kekuatan yang perlu diteruskan serta dikekalkan dalam pembangunan MyGDI yang lebih komprehensif, menyeluruh dan sistematik. PHN mengucapkan ribuan terima kasih kepada kesemua perwakilan JTMM yang hadir.

Pusat Hidrografi Nasional

Bandar Armada Putra, Pulau Indah, 42009 Pelabuhan Klang, Selangor, Malaysia
Umum / Quarter Master : +603-40160816
Kaunter Jualan Carta : +603-40160846 ↗️
Sebarang Pertanyaan : Sila klik disini
Waktu Operasi :Isnin - Jumaat | 8:00AM - 5.00PM

Analisa Pengunjung

Hari Ini 400

Mingguan 841

Bulanan 400

Keseluruhan 3172


© 2024 Pusat Hidrografi Nasional
Paparan Terbaik Menggunakan Pelayar Internet Explorer 11 Ke Atas, Mozilla Firefox Dan Chrome

PHN Buttons (Mobile)