|

Malay English

MAJLIS PENUTUP DAN GRADUASI HYDROGRAPHIC SURVEYING I ( UTM HYDRO I )

KUALA LUMPUR, 5 DIS 2024 - MAJLIS PENUTUP DAN GRADUASI HYDROGRAPHIC SURVEYING I ( UTM HYDRO I ). Majlis Penutup dan Graduasi Hydrographic Surveying I (UTM HYDRO I) serta Marine Geospatial and Cartography FIG/IHO/ICA telah berjaya dianjurkan pada 5 Disember 2024 bertempat di Manhattan, Berjaya Times Square, Kuala Lumpur. Majlis ini telah diserikan dengan kehadiran Yang Berbahagia Laksamana Muda Dato’ Hanafiah bin Hassan, Ketua Pengarah Hidrografi, Prof. Sr. Dr. Kherun Nita binti Ali, Dekan Fakulti Alam Bina dan Ukur, UTM, serta Prof. Sr. Dr. Mohd Razali bin Mahmud, Pengerusi Jawatankuasa Pemandu Hidrografi UTM (FIG/IHO/ICA). Program Marine Geospatial and Cartography FIG/IHO/ICA telah berlangsung selama enam bulan, bermula pada 6 Mei 2024 dan berakhir pada 8 November 2024, dengan penglibatan empat peserta dari PHN. Tahniah diucapkan kepada para peserta, iaitu BK HDI Mohd Yusnizam Bin Yusof, LK HDI Emy Nur Zuhafizzie bin Mohd Noh, LK HDI Mohd Amirul Saswan bin Mohd Sukri, dan LK I HDI Mohamad Fitri bin Zahari, atas kejayaan menamatkan kursus ini. Kejayaan mereka turut diserikan dengan penganugerahan “Best Student Award” kepada BK HDI Mohd Yusnizam Bin Yusof. Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua peserta atas pencapaian cemerlang mereka dalam program ini.

   

Pusat Hidrografi Nasional

Bandar Armada Putra, Pulau Indah, 42009 Pelabuhan Klang, Selangor, Malaysia
Umum / Quarter Master : +603-40160816
Kaunter Jualan Carta : +603-40160846 ↗️
Sebarang Pertanyaan : Sila klik disini
Waktu Operasi :Isnin - Jumaat | 8:00AM - 5.00PM

Analisa Pengunjung

Hari Ini 379

Mingguan 820

Bulanan 379

Keseluruhan 3151


© 2024 Pusat Hidrografi Nasional
Paparan Terbaik Menggunakan Pelayar Internet Explorer 11 Ke Atas, Mozilla Firefox Dan Chrome

PHN Buttons (Mobile)