|

Malay English

KUNJUNGAN HORMAT

PETALING JAYA, 7 DIS 2024 - KUNJUNGAN HORMAT. Yang Berbahagia Ketua Pengarah Hidrografi, Laksamana Muda Dato’ Hanafiah bin Hassan telah melaksanakan kunjungan hormat kepada Ketua Pengarah MET Malaysia, Dr Mohd Hisham bin Mohd Anip. Kunjungan hormat ini adalah bersempena dengan pelantikan Dr Mohd Hisham bin Mohd Anip sebagai Ketua Pengarah MET Malaysia yang baru mulai 28 Okt 24. Pertemuan dua hala ini juga turut memperkasakan kerjasama strategik yang telah menterai antara TLDM dan MET Malaysia sejak 9 Nov 20. Selesai kunjungan hormat, YBhg Ketua Pengarah Hidrografi turut hadir bagi Majlis Graduasi Peserta Kursus Asas Penolong Pegawai Meteorologi (KAPPM) 2024 yang telah disempurnakan oleh Ketua Pengarah MET Malaysia. KAPPM 2024 ini turut melibatkan 3 anggota TLDM daripada kepakaran hidrografi. Penglibatan peserta kursus daripada TLDM adalah seiring peningkatan kompetensi dalam aspek meteorologi dan oseanografi pertahanan. Tahniah diucapkan kepada LK HDI Abdul Muhyi bin Mansor, LK I HDI Mazzli bin Idris dan LK I HDI Mohamad Khairuizwan bin Mohamad Sukri.

     

 

Pusat Hidrografi Nasional

Bandar Armada Putra, Pulau Indah, 42009 Pelabuhan Klang, Selangor, Malaysia
Umum / Quarter Master : +603-40160816
Kaunter Jualan Carta : +603-40160846 ↗️
Sebarang Pertanyaan : Sila klik disini
Waktu Operasi :Isnin - Jumaat | 8:00AM - 5.00PM

Analisa Pengunjung

Hari Ini 400

Mingguan 841

Bulanan 400

Keseluruhan 3172


© 2024 Pusat Hidrografi Nasional
Paparan Terbaik Menggunakan Pelayar Internet Explorer 11 Ke Atas, Mozilla Firefox Dan Chrome

PHN Buttons (Mobile)